Tuesday, June 2, 2009

Bit Defender & Kaspersky Internet Security

Biasalah kalau syarikat komputer jual antivirus. Produk yang popular di pasaran Kaspersky dan Bit Defender. Ada satu lagi yang produk yang menyeluruh perlindungannya melebihi antivirus. Ia melindungi PC dari malware, anti-spam dan boleh bertindak sebagai firewall. Produk itu dipanggil 'Internet Security' contoh Bit Defender Internet Security & Kaspersky Internet Security.
Bit Defender & Kaspersky Internet Security eloklah kalau install kat PC rumah. Perlindungan yang mantap. OKlah tu.

Ini aku nak cerita kalau install Bit Defender & Kaspersky Internet Security kat dalam PC kerajaan yang gunakan eSPKB & ePerolehan. Jangan terperanjat kalau PC kerajaan tak boleh access eSPKB & ePerolehan selepas install Bit Defender atau Kaspersky Internet Security. CC pon naik bising, kerani tak dapat key-in data eSPKB & ePerolehan. Vendor yang install tu memang bangang tahap cipan !
Selepas install Bit Defender atau Kaspersky Internet Security, segala port akan tertutup melainkan vendor yang install tu tahu nak define firewall rule supaya applikasi & port eSPKB & ePerolehan boleh digunakan.
Vendor yang bangang ni tahu ke eSPKB & ePerolehan tu pakai port nombor berapa ?
Kalau applikasi eSPKB & ePerolehan tu pakai custom port number , sapa kau nak call nak tanya port number apa ?

Kesimpulannya di sini PC kerajaan yang gunakan eSPKB & ePerolehan tak perlulah install Bit Defender atau Kaspersky Internet Security. Cukuplah sekadar install Bit Defender atau Kaspersky ANTIVIRUS sahaja. PC kerajaan yang gunakan eSPKB & ePerolehan sudah dilengkapkan dengan peranti keselamatan iaitu smart card reader. Kerajaan Malaysia sudah ada infrastruktur keselamatan.
Maka pegawai kerajaan yang membuat pembelian software harus berhati-hati dengan salesman syarikat komputer cikai yang cuba buat UPSALE produk.
Syarikat komputer cikai ni bersifat hit & run, apa benda pon tak tahu. Dah install dia larilah.