Saturday, December 20, 2008

Perisian AntiVirus anda .. berfungsi atau tidak ?

Untuk memeriksa sekiranya antivirus anda berfungsi dengan baik atau tidak.


1. Buka notepad.

2.Copy kod di bwh didlam notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Pastikan ia dalam format sebaris. Kalau tak nanti tak jadi pulak.

3. Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com . Ingat 'Save as Type' adalah 'All Files'.


4. Sekiranya anti virus anda berfungsi, amaran segera akan pop-up diatas skrin PC.
Boleh terus delete file itu.

5. Kalau tidak ada detection .... bermakna antivirus anda tak updated atau 'tidur'.

6. Sekiranya antivirus anda tidur dan file ini tidak di delete, jangan risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini delete secara manual.

Orang Malaysia Tak Faham Exclusive Broadcast Rights

Kecoh. Itu jelah yang aku boleh cakap pasal perkahwinan Mawi & Ekin. Sebuah akhbar harian mempersoalkan 'apa yang nak dirahsiakan' semasa majlis perkahwinan Mawi dengan Ekin. Sebuah stesen tv swasta cuma dapat ambil gambar lokasi majlis sahaja. Memang menjadi rahsia kepada media-media lain dan para jemputan mungkin tak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis pernikahan dan persandingan Mawi dengan Ekin.

Kenapa jadi rahsia macam begitu teruk sekali ? Jawapannya mudah saja. Mawi dan Ekin telah memberikan hak penyiaran eksklusif kepada Astro. Maka segala rakaman dan siaran media adalah hak Astro dan sekutunya. Maknanya semua media lain tak boleh rakam dan ambil gambar majlis Ekin dan Mawi. Maka Mawi, Ekin dan saudara mara mereka tidak akan benarkan wartawan media lain ambil berita, gambar, audio dan video majlis perkahwinan Mawi dan Ekin. Kalau ada perjanjian antara Mawi dan Astro sudah tentu ada impikasi undang-undang. Dalam hal ini Mawi dan Astro akan cuba menjaga hak kepentingan masing-masing.

Kepada yang dapat jemputan Mawi & Ekin, hadirkanlah diri. Kepada yang tak dapat jemputan, tunggu sahajalah di depan TV flat screen anda.